Dec 19, 2012

Ciptaan MAHA AGUNG

lihatlah walaupun seminit pasti terfikir akan Anugerah Ilahi ini
saya ambil photo ini masa dlm perjalanan pergi kerja 20.12.12





Nov 24, 2012

kenapa sahabat lebih penting berbanding kekasih??

Ini hanya pendapat saya sebagai seorang hamba Allah dan sebagai seorang manusia, saya akui bahawa setiap manusia mempunyai pendapat tersendiri begitu juga saya dan kenapa saya kata yea "sahabat lebih penting berbanding kekasih". Cuba kamu ingat semula
siapa yang bantu kita masa kita susah?
siapa yang selalu buat kita tersenyum bila kita sedih?
siapa yang selalu ada dengan kita di saat kita susah n senang?
serta banyak lagi....
 sebelum kita jumpa seseorang yang bernama kekasih??
yea memang seseorang yang bernama kekasih juga blh buat semua itu tp lagi indah jika suami kita kelak yang buat semua ini pasangan halal, lagi sweet (hehehe). Tidak salah bercinta tapi kena pandai jaga hukum hakamnya, ianya bukan sesuatu perkara yang mudah untuk menjaga batas kita di antara kaum hawa  dengan kaum adam cinta itu adalah fitrah dan ianya boleh menjadi fitnah..

Oct 19, 2012

Perkara Sunat Yang Dilakukan Pada hari Jumaat


Mandi sunat Jumaat dan memakai pakaian yang bersih dan cantik serta bau-bauan.

Sunat memakai pakaian yang berwarna putih.

Keluar ke masjid dengan niat untuk menunaikan sembahyang Jumaat pada seawal waktunya secara berjalan kaki dengan penuh tenang dan sopan disamping membanyakkan membaca zikir, berselawat dan bertahmid kepada Allah.

Sunat mengelokkan rupa parasnya dan membersihkan anggota tubuh badan sebelum keluar bersembahyang seperti memotong kuku, misai, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu air-ari, menggosok gigi dan sebagainya.

Sunat membanyakkan membaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat dan di waktu siangnya.

Sunat memperbanyakkan membaca doa dan memohon keampunan dari Allah pada malam dan waktu siangnya.

Memperbanyakkan membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. pada malam hari dan di waktu siangnya.

Melakukan sembahyang sunat 4 rakaat sebelum Jumaat dan 4 lagi selepasnya.

Sunat membaca surah al Fatihah, al Ikhlas, al Falaq dan an Nas setiap satunya sebanyak 7x selepas memberi salam sembahyang Jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa membaca surah Fatihah, al Ikhlas, al Falaq dan an Nas sebanyak 7 kali sebelum ia mengubah cara duduknya setelah imam selesai memberi salam pada hari Jumaat, nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah dilakukan dan yang akan datang serta diberi ganjaran pahala sebanyak bilangan orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya."

Disunatkan bagi orang yang mengantuk ketika mendengar khutbah pada hari Jumaat supaya berpindah tempat duduknya. Berdasarkan riwayat dari Ibnu Umar katanya, "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila salah seorang daripada kamu mengantuk pada hari Jumaat di dalam majlisnya maka hendaklah ia berpindah ke tempat duduk lain."