Ini hanya pendapat saya sebagai seorang hamba Allah dan sebagai seorang manusia, saya akui bahawa setiap manusia mempunyai pendapat tersendiri begitu juga saya dan kenapa saya kata yea "sahabat lebih penting berbanding kekasih". Cuba kamu ingat semula
siapa yang bantu kita masa kita susah?
siapa yang selalu buat kita tersenyum bila kita sedih?
siapa yang selalu ada dengan kita di saat kita susah n senang?
serta banyak lagi....
sebelum kita jumpa seseorang yang bernama kekasih??
yea memang seseorang yang bernama kekasih juga blh buat semua itu tp lagi indah jika suami kita kelak yang buat semua ini pasangan halal, lagi sweet (hehehe). Tidak salah bercinta tapi kena pandai jaga hukum hakamnya, ianya bukan sesuatu perkara yang mudah untuk menjaga batas kita di antara kaum hawa dengan kaum adam cinta itu adalah fitrah dan ianya boleh menjadi fitnah..