Manusia Makhluk Paling Unik
Manusia adalah makhluk paling unik berbanding dengan seluruh makhluk yang lain . Firman Allah bermaksud:
"Sesungguh Aku telah menciptakan manusia itu dalam bentuk sebaik-baiknya." (At-Tin: 4)
Keunikan manusa itu dapat dilihat sama ada dari aspek zahir mahupun aspek batin. Dari aspek zahirnya, manusia dikurniakan anggota tubuh badan yang lengkap dan sangat cantik serta bertambah cantik bila dilitupi dengan pakaian dan perhiasan yang sewajarnya.
Dari aspek batin pula ,
manusia dikurniakan Allah dengan akal fikiran yang boleh memikir, mengingat, merekacipta dan lain-lain. Disamping itu manusia juga dikurniakan hati yang dapat merasa suka-duka, riang-gembira dan sebagainya juga roh yang dapat berhubung dengan Allah.
Manusia sebagai Khalifah Allah.
Semua makhluk Allah mempunyai tugas masing-masing dan semuanya patuh menjalankan tugas yang telah ditetapkan . Bumi yang jaraknya kira-kira 93,000,500 batu daripada matahari sentiasa patuh kepada perintah Allah agar berpusing selama 24 jam satu pusingan dengan kelajuan kira-kira 1,000 batu sejam. Begitu juga bumi mentaati perintah Allah mengelilingi matahari dengan kelajuan kira-kira 65,000 batu sejam untuk mengelilingi matahari dalam masa 365 hari 5jam 49 minit, 12 detik.
Sebagai makhluk paling unik, manusia mempunyai tugas besar, tugas yang lebih besar daripada tugas seluruh makhluk ciptaan Allah, tugas yang tidak dapat dilaksanakan oleh makhluk-makhluk yang lebih besar seperti gunung-ganang, langit dan sebagainya seperti
firman Allah bermaksud:
"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan tanggungjawab amanah kami kepada langit dan bumi serta gunung-ganang untuk memikulnya, tetapi mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya kerana mereka tidak mempunyai kesediaan untuk memikulnya. Pada ketika itu manusia dengan persediaan yang padanya sanggup memikulnya. Ingatlah bahawa sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia suka melakukan kezaliman dan suka membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan" (Al-Ahzab : 72)
Tugas besar yang dipikulkan Allah kepada kita ialah tugas sebagai khalifah Allah di muka bumi . Firman Allah bermaksud :
"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, " Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah dimuka bumi." (Al Baqarah: 30)
Sebagai khalifah manusia adalah hamba kepada Allah dan tuan kepada benda. Justru, manusia mestilah sentiasa mengabdikan diri kepada Allah. Firman Allah bermaksud:
" Ingatlah ! Aku Tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada Ku." (Az Zariyat : 56)
Terkandung dalam pengertian khalifah ialah menguasai dan memerintah ataupun mempunyai sifat as siayadah ( ketuanan). Sebagai Khalifah, manusia diberikan mandat oleh Allah untuk menjadi " tuan " kepada semua makhluk Allah. Manusia hendaklah melaksanakan tugas mengatur seluruh alam dengan konsep pengabdian diri kepada Allah.
Konsep Ibadah Dalam Islam
Ibadah ertinya tunduk, patuh, setia, menyembah, menghina diri dan memperhambakan diri kepada sesuatu. Sebagai hamba Allah, kita tidak dibenarkan mengabdikan diri kepada selain daripada Allah sepertimana ikrar kita dalam solat (maksudnya):
" Hanya kepada Mu kami menyembah dan hanya kepada Mu kami memohon pertolongan" (Al Fatihah : 5)
Allah juga mengingatkan kita dengan firmanNya bermaksud:
" Katakan! Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri kamu, keluarga kamu, harta kepunyaan yang kamu usahakan , perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya atau rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah, rasulNya dan daripada berjihad di jalan Allah, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusannya ( menyiksa kamu) . Allah tidak memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik." (At-Taubah: 24)
Ibadah terbahagi kepada 2 bahagian iaitu;
1) ibadah khususiyyah
Ibadah khususiyyah ialah ibadah-ibadah yang mempunyai rukun syarat tertentu seperti solat, puasa, zakat haji dan sebagainya
2)ibadah umumiyyah..
Ibadah umumiyyah ialalh apa juga pekerjaan yang dilakukan dengan niat semata-mata kerana Allah dan pelaksanaannya tidak bertentangan dengan hukum-hukum Allah
No comments:
Post a Comment