Sep 8, 2010

PERAYAAN TRADISI: HARI RAYA AIDILFITRI




Nama hari Raya Aidilfitri berasal daripada bahasa Arab iaiatu Ayd al-Fitr.Nama lain bagi Hari Raya Aidilfitri ialah Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitra atau Hari  Lebaran. Ia juga dinamakan Feast of the Breaking of the Fast, Eid, Idul Fitri, Lebaran( Indonesia), Shemai Eid( Bangladesh), Ramazan Bayrami( Turki)

     Pihak atau kaum yang terlibat dengan perayaan  ini ialah seluruh Umat Islam di seluruh dunia.Di Malaysia kaum utama yang menyambut perayaan Aidilfitri ialah kaum Melayu yang beragama Islam.

     Tarikh atau tempoh masa perayaan ini ialah selama sebulan.Perayaan ini bermula selepas berakhirnya bulan ramadhan atau bulan puasa.Hari raya bermula melalui dua cara iaitu melalui rukyah( melihat anak bulan) ataupun secara hisap( kiraan). Sekiranya melalui rukya, Apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan syawal, iaitu bulan kesepuluh dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga magrib di beberapa tempat yang strategik.

     Tujuan perayaan ini ialah sebagai tanda kemenangan umat islam setalah dapat mengerjakan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan dengan sempurna.Kemenangan itu bukan sahaja kemenangan kerana berjaya menahan atau mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan tetapi kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah, di mana sekiranya dilakukan akan membatalkan puasa.

     Kalimat “FITRI” itu yang bermaksud fitra iaitu dengan kemenangan manusia balik kepada fitra yang asal.Fitra asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih dari noda dan dosa.



No comments:

Post a Comment